Aqilah Here ^^


Welcome Here


Assalamualaikum. Hi. I'm Aqilah. 14 y/o. Please be nice here :)

Home About Follow Dash

Jom Chat :)


Credits

Template: NURUL ATIQAH
Edited by: NATASYA
Owner: AQILAH

Luahan Hati
Ahad, 16 Februari 2014 • 12:00 PG • 0 comments
Assalamualaikum.

CikCinta nak minta maaf sangat sebab dah jarang berblog. Alhamdullilah CikCinta masih lagi diberi peluang untuk terus bernafas di bumi Allah. Bersyukur kerana masih lagi sempat mengumpulkan amal untuk kita.

Sebenarnya banyak sangat cerita yang CikCinta ingin sampaikan. CikCinta kurang berkenan dengan sikap lelaki yang suka memandang rendah kepada kaum perempuan. Kenapa perlu bertindak sedemikian rupa? Kita ni sama sahaja di mata Allah tak ada yang lebih tak ada yang kurang. Jadi,tak perlu untuk terus memandang kaum perempuan sebegitu. Please!

Bila seseorang perempuan itu ingin bersuara mesti ada sahaja yang tak kena di mata kaum lelaki. Ya,kami kaum perempuan masih lagi tahu had kami. Bila seseorang perempuan itu bercerita mengenai rancangan perkhawinan mereka ada sahaja kata-kata sinis kaum lelaki. "Masak tak pandai,dah sibuk nak fikir pasal khawin. Fokus jer lah dulu". Ini selalu yang CikCinta dengar.

Zaman dah berubah,walau apa pun kaum lelaki tidak boleh hidup tanpa kaum perempuan. Jadi,hargailah kaum perempuan jangan terus memandang serong pada mereka. 

Love you all.

0 Comment(s)


Kenangan ohh kenangan
Isnin, 11 November 2013 • 3:56 PG • 0 comments

Assalamualaikum..
Mungkin bukan mudah untuk kita lupakan kenangan yang pernah mengisi ruang kotak fikiran kita.Lagi-lagi kenangan yang membuat kita tersenyum tak kiralah dengan orang tersayang ke atau sesiapa pun.Mesti kita akan ingatnya...
Tapi,kalau kenangan tu membuatkan hati kita sakit rasanya tak perlulah ada kenangan.Tapi,itulah lumrah kehidupan seorang manusia.Kenangan tetap kenangan.Setiap kenangan mesti akan kita kenang sampai bila-bila.Kenangan tak selalunya manis,yang pahit tulah memberi kesan untuk diri kita kalau kita tak pandai mengawalnya.
Kenangan yang pahit tu memang pahit untuk ditelan tetapi pahit macam hempedu sekalipun kita kena terima dengan reda.Jadikan ia sebagai tauladan hidup yang akan memberi peringatan buat kita yang masih lagi terkapai-kapai..

Kalau berat ujian yang diterima itu Menangislah...Menangis semampu yang boleh!




0 Comment(s)